Zon bahaya (keselamatan makanan)
Zon bahaya (keselamatan makanan)

Zon bahaya (keselamatan makanan)

Zon bahaya ialah julat suhu di mana bakteria bawaan makanan boleh tumbuh. Agensi keselamatan makanan seperti Perkhidmatan Keselamatan dan Pemeriksaan Makanan (FSIS) Amerika Syarikat, mentakrifkan zon bahaya sebagai kira-kira 40 hingga 140 °F (4 hingga 60 °C).[1][2][3] FSIS menetapkan makanan berpotensi berbahaya tidak patut disimpan pada suhu dalam julat ini untuk mencegah penyakit bawaan makanan (contohnya, suhu peti sejuk mesti dikekalkan bawah 4 °C (40 °F)[4]), dan makanan yang kekal di dalam zon ini lebih daripada dua jam tidak patut dimakan.[5] Mikroorganisma bawaan makanan tumbuh lebih cepat di tengah zon tersebut, pada suhu antara 21 dan 47 °C (70 dan 117 °F).[6] Di UK dan NI, Zon Bahaya ditakrifkan sebagai 8 °C - 63 °C [7]